Produksi Seni 2020

Produksi Seni Duapuluh Duapuluh Sdn. Bhd. (juga dikenali sebagai Produksi Seni 2020 atau digayakan sebagai SENI 2020) ialah sebuah syarikat penerbitan televisyen dan filem Malaysia yang mengkhususkan dalam penerbitan filem, drama, rancangan televisyen dan iklan.[3][4] Ditubuhkan pada 19 September 1991 oleh Nancie Foo dan Wendy Wong yang kedua-duanya turut berkhidmat sebagai pengarah eksekutif,[5] syarikat ini telah menerbitkan kandungan untuk stesen televisyen seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM), TV3 dan Astro.

Produksi Seni 2020

Industri Hiburan
Ibu pejabat Kuala Lumpur, Malaysia
Pengasas
Laman sesawang rasmi www.seni2020.my
Keluaran
  • Televisyen
  • Filem
  • Iklan komersial
Ditubuhkan 19 September 1991; 31 tahun yang lalu (1991-09-19)
Jenis Swasta
Perkhidmatan
  • Pengedaran
  • Pemasaran
  • Projek penerbitan bersama